Saturday, December 26, 2009

Alhamdulillah.....




Assalamualaikum...terutama sekali ak nk ucapkan terima kasih kepada sume rakan2 ak yg membaca blog ak ni...ak ni bukan dari golongan yg selalu menulis novel,,atau mencipta karya2 cinta...tp korang tetap membacanya...terima kasih ak ucapkan...=)

sebenarnye mmg dari dulu lagi ak nk update blog ni...tp masa yg x mengizinkan ak utk melakukannye....Alhamdulillah,,,ak diberi kesempatan sekali lagi utk menulis blog ini...huu~
alhamdulillah,,,secara teknikalnye..ak dapat result yg okey pada sem 1 ni...akhirnye segala tungkus lumus ak atas izin Allah subhanahu wataa'la..ak dapat jua merasai nikmat kejayaan yg Allah berikan kepadaku ini...Alhamdulillah...diharap sem 2 ni akan lebih baik dari sem 1....amin..

"Ya Allah,,,aku bersyukur atas nikmat yg Engkau berikan ke atas aku..."

Wednesday, September 2, 2009

TaTa~


salam.......pada 2 september 2009 yang lalu...seorang sahabat yang bernama afiq fadhlullah telah pergi meninggalkan kawan2nye yang lain bagi menyambung pelajarannye di Mesir....



walaupun aku tidak berada di sana menemani kau,,,tapi aku di sini mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kawanku di sana.........



"Ya Allah,,,berikanlah keselamatan dan kesejahteraan Muhammad AFiq FAdhlullah tatkala dia belajar di Mesir.......amin ra robbal alamin........."

Friday, August 28, 2009

UjiAn DaN pEmaSaLaHan.....

"KENAPA UJIAN SEBERAT INI??"


Firman Allah Ta'ala:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"(Al-baqarah:286)





"RASA FRUST??"


Firman Allah Ta'ala:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"(Ali-Imran:139)





"BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?"


Firman Allah Ta'ala:
"Dan mintalah pertolongan dgn jalan sabar dan mengerjakan solah dan sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali orang2 yang khusyuk"(Al-Baqarah:45)




"APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?"

Firman Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"(At-Taubah:111)




"AKU DAH X DAPAT BERTAHAN"

Firman Allah Ta'ala:
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"(Yusuf:87)



"Jadi,,sebagai seorang mukmin,,kita tiada hak utk berputus asa...sebaliknya bangun,,dan terus berusaha sehingga kita di liang lahad..."

Saturday, August 8, 2009

wahai hati2 yang tenang



salam...huhu....dah lama aku x tulis dalam blog aku ni...rindu plak rasa di hati.....hehehe.....ehem2....sebenarnya aku nak kongsikan ape yang aku bace kat satu majalah ni...aku tga boring2 kat library,,,tup2 aku ternampak satu majalah ni......aku belek2...tup2,,aku terbace satu cerpen,,,tajuknye "wahai hati yang tenang"...


ia berkisahkan seorang wanita yang bernama faridah telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama faris...wanita ini merupakan seorang wanita solehah....dia jatuh cinta dgn faris ini sebab faris ini juge seorang lelaki yang soleh...dan juge seorang hafis alQuran,,,faridah ni memang btol2 jatuh hati gn faris ni...sampaikan bila faris in azan di masjid,,akan bercucuran air matanya...pergh,,,giler kentang si faridah ni...utk pengetahuan,,,,mereka ni join satu kelab yang berteraskan agama...contohnya BADAR.


di dalam fikiran si faridah ni,,,asyik teringatkan faris je,,,sampaikan amalan2 soleh yang dia istiqamah abis tertinggal atas asbab si faris ni.....lalu,,pada suatu hari ni,,,si faridah berjumpa dgn kak husna yang merupakan mentor dia dalam kelab BADAR...setelah si faridah ni menceritakan masalah dia ni...lalu,,kak husna menasihati si faridah...nasihatnye agar lupakan si faris ni...pelbagai persoalan yg ditanya kepada kak husna ni..tapi lama kelamaan,,si faridah ni tahu dia perlu lupakan faris ni....



aku bile bace cerpen ni....rase cam terkena plak..sebab aku pun ade admire kat seseorang ni..erm,,dan ble aku bace cerpen ni...aku dah tekad,,,,,aku nak lupakan dia...ade jodoh,,,insya Allah kita akan ketemu....tapi buat mase ni,,,lupakan adalah satu jalan keluar yang terbaik....







Friday, July 17, 2009

UTeM....


mahasiswa UTeM

salam......
dah lama dah aku x taip ape2 kat blog ni...tp alhamdulillah....bersua kembali la kitO...huhuhu....
erm,,,berbalik kepada main point tadi..
kehidupan di sini agak complicated....berbanding di matrik dulu,,aku rase aku telah berada didalam satu dimensi hidup yang berlainan....seperti bermula kepada zero balik...tahap pemikiran orang di sekeliling aku pun berbeza...bese la kan...nama pun universiti teknikal.....jadi tahap pemikiran dorg ni semuanya ke arah teknikal...lebih kreatif....pergh,,cam x cayo den dOk kat sini..erm,,bukan ini yang aku cuba ketengahkan....
aku pun merasakan diri aku lain dari biasa....pemikiran aku pun ke arah teknikal.....budak2 sini kebanyakannya berpewatakan serius...jd,,aku yang serius memanjang ni pun terikut gn mereka2 ni.....

dan sepertimana yang aku tidak menjangkakan....UTeM adalah satu2nya universiti yang kurang perempuan di negara ini(kesahihannya masih diragui)...huhuhuhu......best giler beb.....aku rase UTeM ni la pilihan terbaik aku...senang masuk ilmu.......huhuhuhu.....

erm,,,cumenye...aku berasakan yang aku perlu menjaga diri aku baik2 skrg ni....atas asbab di universiti ni mempunyai tahap sosial yang tinggi...dan di samping itu,,aku perlu mengurus masa gn baik....dan more concentated and comitment dalam pelajaran ni.....

akhir sekali,,,antum semua berdOa lah agar aku dapat jadi engineer dan berjaya di dunia dan akhirat...dan ketahuilah,,,aku sentiasa mendOakan kesejahteraan kalian fid dunia wal akhirah....amin......jazakallahukhairan kathira....








Tuesday, June 23, 2009

huhuhu..


pada 19 jun 2009,,mase yang di nanti...mase tu,,aku berada di dalam kereta...


aku menaip mesej UPU RESULT dan no.ic,,kemudian menghantar ke 15888....


berdebar-debar hatiku bile menantikan saat itu.....



tibe2 ensetku berbunyi.....





hahahaha....


alhamdulillah,,aku dapat kos mechatronic engineering kat UTeM.....

mak aku gembira sangat..lalu dia membuat call kepada semua orang terdekat....



aku?bese2 je......alhamdulillah atas kurnianNya.....



Sunday, June 21, 2009

pantai


aku(bersama batu),zainuddin dan nazmi(menggigit plastik)



pada 3 mei yang lepas,,,aku telah menghadiri majlis reunion yang dibuat di Pantai Morib,Banting...majlis ini telah diispirasikan oleh saudara fairus khusus utk pelajar2 form 3 samttar pada 2005..dan majlis ini telah dihadiri seramai 40 orang...ramai la kawan2 yang dah lama x jumpa datang pada majlis tu..macam farid,,shahid,,azeef..dll...tapi ramai juga kawan2 yang aku harap sgt datang tapi x datang...macam aiman,,zulfa,,dll...


fairus dalam ucapannye"atas semua yang hadir pada hari ini(3 mei)..maka reunion susulan akan dibuat pada hari sabtu bersamaan 3 mei 2014"

hahahaha.....gempak gak la bile fairus bgtau....lagi 5 tahun tuh...tapi rilek lagi...




20 June 2009.....
Jam 9.00 pagi,,aku bertolak dari kelang utk pergi ke sabak bernam utk menghadiri reuniOn yang dibuat di d' muara sg. haji dorani.....bile aku dengar je,,mcm gempak la sbb majlis ini dibuat di resort....tapi aleh2,,di luar rupenye!!!!!!

kirenye kami wat reunion di syati il bahri...yakni di tepi pantai...la,,,,,ok la tu...sebelum ni pun wat kat pantai....la ni..wat kat pantai gak.....

majlis ini telah diispirasikan oleh amalina n the gang...juge dibantu oleh afiq fadhlullah...alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar,,,walaupun pada mulenye terdapat sedikit "keributan".....dan aku berpuas hati gn majlis ini berikutan rakan2 telah menghadirkan diri bg memeriahkan majlis ini..kecuali yang busy2 le.......


erm,,ape persamaan dalam majlis kedua2nye ni?

berikut adalah persamaannye.....
1. dibuat di tepi pantai...
2. kedua2nye ade sedikit "keributan"
3. kedua2nya bersepakat utk reunion susulan 5 tahun lagi..
4. ade juge kawan yang busy,,akibatnye x menghadiri majlis ini....
5. MEREKA SEMUA ADALAH KAWAN AKU.....



Insya Allah,,jika ade jodoh yang panjang,,kita akan berjumpa lagi kawan....5 tahun lagi....







Thursday, June 11, 2009

simptom



sesungguhnya aku bukan doktor ataupun pakar utk menceritakan tentang simptom penyakit seperti H1N1,selesema burung atau ape lagi...tapi aku ingin menceritakan tentang simptom yang telah menimpa pada diriku...yakni simptom aku terhadap perempuan...eh,ade ke?

sememangnye ade...berikut adalah simptom2 yang pernah aku hadapi bila aku berhadapan gn kaum ni,,,,
1. tangan menggigil
2.terasa sejuk tiba2
3.lidah terkelu berkata2
4.berpeluh2
5.minum air masak
6.nervous
dan tangan akan tergosok automatik pada dinding atau pada apa2 benda...(pabila tangan tersentuh pada kaum ni)

tapi ia bergantung pada situasi juga..jika ia berlaku first time ke,,semua simptom2 atau sesetengah akan berlaku....kadang2 bukan pasal perempuan je punca simptom2 ni berlaku..temuduga kali pertama pun akan berlaku simptom2 ni....jadi,simptom2 ni tidak dikhususkan.....




*aku bersyukur kerana simptom2 ini berlaku pada diriku....alhamdulillah...*






Tuesday, June 9, 2009

Dr.Jekyll and Mr.Hyde


Aku tertarik bile teringatkan tentang cerita Dr Jekyll and Mr Hyde,cerita yang mana Dr Jekyll ini mempunyai satu personaliti yang lain,yaitu Mr Hyde.Dr Jekyll ini mempunyai persOnaliti yang baik dan ini berlawanan dengan personaliti yang ada pada diri Mr Hyde.Mr Hyde seOrang yang jahat,berpewatakan ganas dan juga merupakan seorang pembunuh.Kenapa aku menceritakan semua ini?kerana aku merasakan aku telah mengalami perkara yang sama dengan apa yang dialami oleh Dr Jekyll.

Bagi sesiapa yang mengenali aku,mereka kenal aku sebagai seseorang yang mempunyai perwatakan yang baik,sopan dan sebagainya.Tetapi aku lebih mengetahui tentang diri aku.Dalam diri aku yang lain,aku ini seorang yang jahat,berpewatakan ganas dan sebagainya.Aku tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini.Dan ini juga telah dialami oleh Dr Jekyll di mana dia juga tidak tahu bagaimana hendak mencipta satu tonik yang boleh membuatkan dia kembali kepada kehidupan asalnya iaitu menghapuskan Mr Hyde di dalam dirinya.

Selama 9 tahun aku bergelut untuk pulih.Pelbagai cara telah aku gunakan untuk melenyapkan "Mr.Hyde" di dalam diriku.walaupun aku menemui jalan buntu untuk atasi masalah ini,tetapi aku percaya suatu hari nanti aku akan berjaya mengatasi masalah ini.

"Ya Allah,Ampunilah hambamu ini.Tatkala hambamu ini ingin kembali ke jalan redhaMu.Maka kau ampunilah aku ya Allah.Tunjukkanlah dan pimpinkanlah aku untuk menuju ke jalan lurusMu.Yakni jalan yang telah Engkau berikan nikmatMu kepada mereka sebelumku,bersama-sama dengan para Nabi dan siddiqin dan para syuhada' dan orang-orang yang soleh.Kabulkanlah doaku ini ya Allah.Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa"



Friday, June 5, 2009

HaRi GuRU....


salam semua.........kali ni aku nak cerita la sikit tentang guru...walaupun hari guru dah lepas(16 mei)....tapi aku ingin kongsikan kepada semua......pengalaman aku tentang guru ni.....huhuhuhu......

mase sekOlah rendah....

mase aku darjah satu,,aku seorang yang selalu tidak hadir ke sekOlah...bukan ape,,cume aku sering bangun lewat..jd,,ia sering mengganggu pelajaran aku mase tu...dan satu hal lagi,,cikgu kelas aku mase 2 namanya cikgu akillah...sering memarahi aku sebab x hadir ke sekolah...cikgu tu selalu menggunakan perkataan "biadap" kat aku,,mase tu aku xtau la biadap tu ape kn..huhuhu...tp aku ade bagi dia hadiah mase dia nak bersara mase tu...aku harap sangat dia maafkan perbuatan aku mase darjah satu...

erm,,mase aku darjah empat,,aku ade la xwat keje sekolah b.i mse tu,,,terus2 aku kene lempang oleh kedua2 tangan cikgu tu serentak.....ape nak wat kan???tapi cikgu tu mmg tegas pun....nasib badan la kalau aku xwat keje sekolah dia....huhuhu....

mase aku darjah lima,,aku terhutang budi gn cikgu ani josfina yang merupakan guru kelas aku...walaupin beliau garang,,tapi dalam mase yang sama,,dia selalu beri tunjuk ajar yang sangat2 berguna utk aku....
mase aku darja enam plak,,,aku ingin berterima kasih kepada ustazah sekolah petang aku,,ustazah mumtaz sebab dialah,,aku selalu bermotivasi diri dan aku berjaya dalam peperiksaan P.S.R.A dulu...


mase sekOlah menengah......

time aku fOrm 1,,selalunya pagi hari sabtu,,ade prep pada mase tu,,,tapi,,aku dan kawan2 aku pegi tengOk citer dragon ballz kt dewan makan....pada mulanya,,semuanya berjalan lancar..akan tetapi,tengah kami sedang menOnton,,tibe2 ade ustaz nasrudin datang..dah la ustaz tu garang..
"eh,baik aku lari"fikir aku...
sampai2 aku nak keluar dewan makan je,,selipar hilang beb....adOai...dengan berkaki ayam,,aku terus lari dan menyOrok di belakang kOlah yang berdekatan gn dewan makan...x sangka plak ustaz ni tajam penglihatan..ape lagi..bile dia kata"woi,jangan lari"..tup2 aku lari lintang-pukang...dan menyOrok di dalam kelas..hahahaha....

mase aku fOrm 5,,aku fLy bersama2 kawan aku kat pekan sabak lepas sOlat jumaat,,dan kami makan2 di pasar malam..tyme2 aku tengah makan,,tibe2 bahu aku terasa disentuh,,bile pandang belakang je,,ustaz mashkuri yakni warden asrama aku berada di situ,,semua kawan2 tergamam pabila ustaz berada di hadapan kami....tapi yang peliknye,,ustaz membiarkan kami di situ..
"erm,makanlah....."kata ustaz...
tak lama kemudian,,ustaz beredar meninggalkan kami...hu??betOl ke ni??xmarah pun??aku dan kawan2 aku berasa ta'jub melihat kejadian td...dan rasenye mgkn kami maseh memakai baju melayu solat jumaat,,jd,,sejuk la ustaz pandang kami....hehehehe...pada hari tu juge kami balik ke asrama pada pukul 12 tengah malam....huhuhu........erm,,sebenarnya byk lagi kisah2 nakal aku tyme aku berada pada zaman persekolahan dulu...tapi,,yang lain2 nti la dulu.....;P


erm,,,pada hari guru yang lepas,,aku telah menghantar mesej "selamat hari guru" kepada guru2 aku yang nombOr ensetnye ade kat cOntact aku....berikut adalah jawapan yang diberi....
Pn Hanitah ..."Thanx a lot"
C.hamisah..."Terima kasih Afik Sapuan atas ingatan Afik pada Cikgu"
Cikgu Amran,,,"Tq"
C.Hairunnur.."Trima kasih,moga Allah merahmati dirimu"..
Ckgu Asmad..."Tq"
Ckgu Suhimi..."Tkasih.. Sy jgk doakn smoga awk brjaya dunia akhirat..
En Mahyuddin.."TQ,Drp:mahyuddin_kmp@yahoo.com"....
Ustaz Mail.."Jazakumullah khaira sy pun x tau hr guru tu wujud lawannya adam(tiada) doa utk suma cemerlang dunia akhirat"..
Ckgu Syakirin.."Tq..good luck,sori lmbt reply"..
erm,,,ade sOrg je cikgu yang xbls...mgkn bz kOt....


"Guru ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam yang gelap"
terima kasih guru atas jasamu yang terlalu besar.....









Wednesday, June 3, 2009

MaJLis KaHwiN




30 mei,petang.....
aku dan keluarga aku siap2 packing barang utk tidur umah makcik aku...aku xtau la kenapa semangatnya mak aku time tu...katanya "kita kene balas budi orang,dulu kan pah su dah tolong kita,jadi kita kene balas budi balik"sambil mak aku ceritakan yang pah su pernah tolong membasuh pinggan ketika perkahwinan makcik aku.....????....terpaksalah aku melupakan program alumni aku kt sekOlah lame aku....huhuhuhu.....
dan lebih mengejutkan, aku kene bace dOa majlis kawin!!!!!!!hohoho...first time tu...agak menggagau la pabila mak aku gtau tu....dan aku rase aku xleh lari kali ni...huhuhuhu.....aku mula mensearch doa dalam internet....dan dah dapat dah......

malam....

aku telah berjumpa gn orang2 yang dah lama aku xjumpa.....kak cuna gn suami dia....huhu..lama gak la aku xjumpa kak cuna ni...dulu ade gak la dia jage aku mse kecik2 dulu...skrg ni,,aku lagi tinggi dari dia....hahahahaha(bangga)...lepas isyak,,aku pegi dewan tempat berlangsungnya perkahwinan tu...aku fikir dah siap dah semua persiapannye,,,last2 xwat ape2 lagi....
jadi berkhidmat la aku....

31 mei 2009
pagi2 aku kene pegi ke dewan...sebab banyak bende yang belOm settle sepenuhnya...aku terus meluru pergi menghantar bunga telur pegi ke dewan....dan aku berkhidmat sedaya yang bOleh pada ketika itu....pelbagai masalah telah aku tahu ketika itu...pelayan xde,katering x sampai,air dan buah tembikai x wat lagi la...macam2 la...

petang....
pada pukul 2 .15 petang, pengantin dah sampai...berdebar2 jamtung aku mase tu...terasa seperti aku plak yang kawen mase tu...huhu..yela kan, kene bace dOa pengantin,,,x ke giler,,baru semalam aku search dOa tu...koT2 tergagap ke,menggagau ke,,kn?sape yang susah?pah usu dah harap gileR aku bace dOa pengantin ni...huhuhu...ilek2...
alhamdulillah,,aku dah lepas dah....ramai orang puji aku mase tu...yela,,muke budak2 lagi kn?orang ingat aku la yang kene incharge dj mase tu..kot2 aku plak yang bace dOa..mgkn telah menjadi kebiasaan orang tua terutamanya golongan ustaz yang mereka ketengahkan utk bace dOa....erm,,,tapi bkn ini yang aku ingin ketengahkan pada isu ini...


yang aku ingin ketengahkan adalah pasangan pengantin ni....teringat aku kepada kata-kata ni.."kalau kita kahwin atas sebab kecantikannye,,ketahuilah kita telah mengikut cara2 orang majusi..kalau kita kahwin atas sebab hartanya,,ketahuilah kita telah mengikut cara2 orang kristian...dan jikalau kita kahwin atas sebab agamanya,ketahuilah kita telah mengikut cara2 orang islam..."...banyak kisah2 yang telah aku bace jika mereka ni mengikut laluan atau landasan yang benar ni...dan ketahuilah mereka ni terdiri daripada orang2 yang telah berjaya di dunia dan di akhirat...dan dOakanlah sye ni terdiri daripada golongan ini..dan ketahuilah doaku sentiasa pada dri kalian semua.....amin..insya Allah....




Tuesday, June 2, 2009

"aku"(sambungan wanita@cinta 1)


Bersua kembali kita,,,huhuhu.......aku xtau nk mulakan ape untuk tulis sambungan cerita ni...jd aku tulis la ape2....kepada sesiapa yang hendak memberi kOmen tentang cerita aku,,,bleh la berbuat demikian dengan sign in blog aku ni....insya Allah,,dengan kOmen antum2 semua,,,akan menjadi ana bergerak maju lagi dalam bidang ini.....insya Allah.....


aku...............ini adalah cerita yang berbeza berikutan wanita@cinta 1 ini telah menceritakan kisah "cinta mOnyet aku tyme aku sekOlah rendah....dan tajuk "aku" ni mgkn sesuai dengan ape yang aku ingin sampaikan dalam kisah ini...

kisahnya bermula apabila aku telah masuk tingkatan satu kat sekOlah aku dahulu...(s.a.m.t.t.a.r)...kire2 xsampai sebulan aku kt sekOlah, ade seorang kakak ni namanya saniah.Dia ni telah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku adik angkatnya melalui orang tengahnya iaitu kawan sekelas aku(ira)....disebabkan fikiran aku yang x matang lagi,,jadi aku terima dijadikan adik angkat....
disebabkan enset x dibenarkan bawa kt sekOlah dan asrama,,aktiviti surat menyurat ini telah dijalankan,,kebiasaannya aku akan bagi surat tu kat shahirah ni..dan shahirah ni plak akan bagi surat tu kat kakak angkat aku,,begitulah sebaliknya....
lama kelamaan,,aku tertarik gn personaliti ira ni...aku xtau dari mana aku dapat feeling ni..bagi aku dia cuma perempuan biase je...yela,,,mungkin selalu berjumpa,,jadi kemesraan ade tyme tu....erm,,dan cerita aku gn ira ni berakhir apabila dia bagi surat layang kat aku...katanya aku x sesuai gn dia...dia telah memaki hamun aku melalui surat tu...aku rilek jela....walaupun bengang,,tetapi rilek je aku ni....huhuhu....sejak hari itu,,aku berusaha keras untuk berjaya dihadapannya....dan hasilnya,aku dapat tempat kelas nO.1 kt sekOlah tu....(mase tingkatan 2-3)...hahahahaha....


erm,,,aku berpindah sekOlah tyme fOrm 4,,, aku bersekOlah di s.a.m.t.s.s.a.a.s,,,,tyme form 4 ni aku telah join satu grup ni...kirenye aku gn kawan2 aku ni kering la gn perempuan ni...(anti perempuan).....jadi xde ape2 berlaku tyme aku fOrm 4 tu.....

mase fOrm 5,,aku suka gn gadis yang sekarang ni jadi kawan baik aku yaitu mar ah(bukan nama sebenar)...cerita ni bermula mase aku lepak umah kawan aku sehari tyme balik kampung....mase tu pun aku rase tyme bulan ramadhan...aku berbual2 gn kawan aku yang bernama usop(bukan nama sebenar)...
aku tye usop ni..."umah kawan2 mane yang dekat gn umah kO ni?"
usop menjawab lebih kurang cm ni..."umah mar ah"..
"yeke?kalau begitu,nanti kO bawak la aku pegi umah dia"
jadi kami pergi ke umah dia tyme aku nak balik umah aku,,,ble sampai je,,aku nampak la umah mar ah ni..dan aku gn usop ni ternampak sesuatu yang kami x jangka.hehehehe..aku xleh nak cakap ape yang aku nampak.biarlah rahsia terus menjadi rahsiaku..huhuhuhu..(cam ape la plak)..
erm,,aku pun meminta nO.mar ah ni kt usop,,xde mOtif sebenarnya aku mintak pun mse tu...sje2 je nak mintak,,,bile aku dapat pun,aku xmesej pun....sehingga ade orang bagi mesej tu kat aku...budak mar ah ni la....bagi mesej raya berunsurkan jawa...adoai,aku mane la reti cakap jawa ni..erm,,aku tye la dia ni,,"mane dapat nO.aku ni?"
dia menjawab"usop yang bagi kat aku"
la...yeke???aduai...huhuhuhu...
aku xbiase mesej2 pada mase tu...kami mesej2 dan aku terjanji nak belikan dia hadiah plak...erm,,aku beli lah jgk kn..dah janji..(aku yang iye2 nak bagi hadiah ni)..huhuhuhu...erm,,aku beli hadiah berupa jam tangan pada mase tu dengan menggunakan duit raya aku...dan aku bagi kat mar ah hadiah ni tyme bulan syawal,,raya x abis lagi tyme tu...jadi aku ziarah umah dia gn kawan aku ni(usop)...erm,,bese la kan,,first time aku datang umah kawan perempuan ni...jd,,suasana tu agak gelabah la...aku asek mintak air suam je kat mar ah ni mase tu...dan yang malunye,,aku xdpt bezakan limau bali gn air barli kt depan mar ah ni...aduai..malu gLEr aku mase tu...berpeluh gak la...erm,,nak wat cmne kn???dah xnk amik tau....
aku ni penyegan orangnye..jd aku pun xdtg kelas esOknye..lepak kt surau sekOlah sampai la habis sekOlah....huhuhu,,,
erm..kawan2 aku yang lain tau yang aku bagi hadiah kat mar ah ni ble kawan aku ni mesej gn adik aku...yang teruknya,adik aku gtau la kt kawan2 aku ni...aDOai.."awat la hang gtau kawan2 aku?"aku berkata2 di dalam hati..huhuhu
jd, bermulalah adegan gOsip menggOsip ni....aduai..malu gak la aku mase tu...
dan tibe2 malu ni bertukar menjadi mahu plak,,aku xtau kenapa?mengapa?..erm,,
jd,,aku belikan hadiah sekali lagi kat mar ah ni..kali ni aku bagi dia dua hadiah,,hadiah yang bermesej..satu tertulis "friends forever" dan satu lagi tertulis "love perhaps".aku tye dia mase tu,,dan dia memilih friends forever....huhuhu.......

aku pun telah menyertai pLkn taun 2007/08..dan aku telah berjumpa gn segerombolan manusia yang aku xpernah jumpa sebelum ni,,,,dan aku juge dapat belajar tentang wanita time tu melalui pendapat orang dari kawan2 kat sane..sebab tahap sOsial di serawak agak ketara berbanding di semenanjung.....

aku pegi matrik perlis bulan 5 2008....dan x sampai 3 bulan aku kat sane,,aku kenal gn sOrang gadis ni...namanya aina(bukan nama sebenar)..mula2nya kami suka berbalah,selalu je persilisihan pendapat....last2 aku mula suka kat dia ni....aduai, dah bpe orang dah aku suka ni?huuhuhu....
erm,kali ni aku mesej kt dia yang aku suka kat dia...dan dia pun suka gak...dan kami ber CoUple.....dalam cOuple2 ni aku rase xtenang je hati aku ni.....setiap kali khutbah jumaat,,aku asyik terasa bersalah sgt kt Tuhan yg Maha Mencipta...
dah bpe kali aku mintak clash,,tp masih lagi aku rase bersalah sebab hati aku x rela melepaskannya....sama la jgk kn gn dia ni....ntah cmne,,aku dapat idea....aku bagi mesej..supaya dia terus membenci aku..alhamdulillah,,semua berjalan gn lancar...dahulunya aku berasa tertekan ketika aku berada di semester satu time matrik tu..yela,,belajar ntah ke mana,,gn awek la,,gn jpp nye lagi....erm,,alhamdulillah aku dapat manfaatkan semester dua ni...


kesimpulannya,,sekarang aku tahu la skit tentang wanita ni...bak kata orang,,belajar dari pengalaman..dan pengalaman telah mematangkan aku....dahulunya aku cepat melatah bile dapat mesej cinta2 ni....tapi sekarang ni,,aku tak lagi melatah...aku dah kembali "kering" cm time fOrm 4 dulu...huhuhuhu...yela,,aku berfikiran..yang couple2 ni bile2 kite bleh wat....tapi berjayakah kite untuk mencari isteri yang solehah???ataupun suami yang soleh bagi perempuan??sekarang ni aku dalam misi untuk mencari isteri...bukan lagi couple2 ni....dan antum semua doakanlah sye agar dapat isteri yang solehah dan mendapat zuriat yg soleh dan solehah.....amin...insya Allah.....











wanita@cinta 1

baru2 ni, aku telah mengambil satu keputusan utk menjawab satu kuiz yang agak rumit,,,yaitu kuiz tentang wanita,,,,,"hOw u knOw about a woman????"dan macam seakan2 tidak percaya,,,,aku mendapat 100% dalam kuiz tersebut.............wow,biaq betik??(biar betul)?



aku dalam diam2 terasa bangga pabila melihat aku berjaya menyelesaikan satu kuiz yang agak rumit.....tentang wanita.....tetapi,,sejauh mana aku tau tentang wanita?


sejak dari darjah dua lagi aku dah mulai suka dengan perempuan...dan sampai sekarang aku masih ingat lagi nama budak itu.....namanya dayah(bukan nama sebenar)...mse tu aku berada di kelas 2 serawak(kelas terakhir di sekolah).....aku pun xtau mcm mne aku bleh minat that gurl.....
aku cume ternampak gambar dia didalam profil pelajar dia bersama2 gn kawan aku,,,,,ble aku cakap "eh,lawa jugak budak ni"terus aku diejek kawan2.....katanya aku suka kt budak tu......aku pun terus layan jela......hehehehehe......budak tu sekelas gn aku dari darjah 2 hingga darjah 3....maklumlah,,budak tu budak pandai...jd,,,dia lOmpat kelas hingga ke kelas nO.2......aku still kelas last....kelas ke-7...huhuhuu

mse darjah 4,,aku duduk sebelah meja gn seOrang budak ni...namanya tikah(kalau x silap la)...aku kurang bertegur sapa gn dia ni.....dan kami selalu berbalah.....pasal benda2 kecil....dan lama kelamaan,,timbul kemesraan di antara kami.....dan yang menariknya,,,,aku slalu teringin ke sekOlah pada mase tu,,,,yang x bleh blah,,,mse tu aku memakai minyak rambut serta menyikat rambut ala-ala salman khan.....hahahahaha........bOdoh bengeh aku mse tu......
aku xpernah cakap yang aku suka kt dia,dan dia pun memperlakukan sama,,,,,,,sehingga dia berpindah kelas yang lebih baik.....(kelas nO.2)...dan aku still kelas last....dia beritahu kt kawan dia dan kawannya beritahu aku yang dia pernah suka aku dulu.....huhuhuhu.......



dan mase aku darjah lima,,(kelas last),,,aku telah jumpa seseorang budak baru di sekOlah aku.....namanya nabilah.....dia sgt lawa sehinggakan aku betul2 suka kt dia.....hahahaha...kisahnya bermula pabila kawan aku yang bernama arif, mengesyaki yang aku suka kt seseorang.....dan aku cuma bagi klu yang dia budak baru.....terus2 dia dapat agak yang aku suka kat budak tu......aku tergamam seketika....dan aku suruh dia merahsiakan perkara ini....dia kata "ok".......perkara ini bertahan sehingga bulan ke-6 persekOlahan....pabila budak yang aku suka ni lalu kt kelas aku......terus2 plak arif ni siul2 kt dia sambil menyebut nama aku...
apalagi,,,riuh kelas aku dibuatnya......aku tersipu2 malu.....rahsia sulit telah terbOngkar...dan lebih menariknya,,budak yang aku suka tu tahu yabg aku suka padanya...."alamak,adoai,mangkor la teman"...huhuhuhu....
kisah ini berlanjutan sehingga aku dinaikkan kelas ke-4(mse darjah-6)...dan budak tu pulak naik ke kelas ke-3.....walaupun kami bersebelahan kelas,,,kami xpernah bertegur sapa....dan bila kami terserempak,,,,kami memandang ke arah lain.......huhuhuhu.............aku cuma pernah cakap gn dia sekali je...itupun dia nak pinjam penyapu kt kelas aku gara-gara x cukup penyapu kt kelas dia.......huhuhuhuhu................



erm,,,ade lagi tau....mase aku darjah-5,,aku berkenal rapat gn minah ni.....namanya zati(bukan nama sebenar),,,,aku kenal dia sebab dia jadi ketua kelas aku mse aku darjah lima...pada mulanya dia penOlong ketua kelas je,,,tetapi gara-gara ketua kelas aku ni wat hal,,jd,,dia dipecat dan budak tu jd ketua kelas yang baru.....dan juga,,aku dilantik sebagai penOlong ketua kelas....hahahahaha,,,,,,erm,,,kisahnya bermula mse aku kelas sama gn dia mse darjah-6....bukan sekOlah pagi je,,,,sekOlah petang pun nak same gak.....lagi2 aku dipaksa duduk sebelah gn dia..."adoai".....erm,,kami juga sering berbalah...gaduh2 je......dan aku dapat tau yang pada mse tu dia suka kt mamat ni..(kawan aku)..dan tibe2 plak aku rase cemburu gn dorg........mengapa???aku sendiri pun xtau......aku pernah menulis sepucuk surat kt dia dulu...gara-gara sms tidak dikenali pada mase tu......untuk menyatakan yang aku suka kt dia.......erm,,,,aku x bagi pun surat tu....aku malu tahap gaban mse tu,,,jd aku xnk la bagi surat tu kt dia....jd,,aku simpan surat tu kat beg sekOlah petang aku.....pastu,,,adik aku bace la plak surat aku tu....ceh,,kurang ajar......habis rahsia aku......huhuhuhuhuhu..........


persOalannye....adakah berdasarkan pangalaman aku ni aku mengenali wanita??????tunggu....