Tuesday, June 9, 2009

Dr.Jekyll and Mr.Hyde


Aku tertarik bile teringatkan tentang cerita Dr Jekyll and Mr Hyde,cerita yang mana Dr Jekyll ini mempunyai satu personaliti yang lain,yaitu Mr Hyde.Dr Jekyll ini mempunyai persOnaliti yang baik dan ini berlawanan dengan personaliti yang ada pada diri Mr Hyde.Mr Hyde seOrang yang jahat,berpewatakan ganas dan juga merupakan seorang pembunuh.Kenapa aku menceritakan semua ini?kerana aku merasakan aku telah mengalami perkara yang sama dengan apa yang dialami oleh Dr Jekyll.

Bagi sesiapa yang mengenali aku,mereka kenal aku sebagai seseorang yang mempunyai perwatakan yang baik,sopan dan sebagainya.Tetapi aku lebih mengetahui tentang diri aku.Dalam diri aku yang lain,aku ini seorang yang jahat,berpewatakan ganas dan sebagainya.Aku tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini.Dan ini juga telah dialami oleh Dr Jekyll di mana dia juga tidak tahu bagaimana hendak mencipta satu tonik yang boleh membuatkan dia kembali kepada kehidupan asalnya iaitu menghapuskan Mr Hyde di dalam dirinya.

Selama 9 tahun aku bergelut untuk pulih.Pelbagai cara telah aku gunakan untuk melenyapkan "Mr.Hyde" di dalam diriku.walaupun aku menemui jalan buntu untuk atasi masalah ini,tetapi aku percaya suatu hari nanti aku akan berjaya mengatasi masalah ini.

"Ya Allah,Ampunilah hambamu ini.Tatkala hambamu ini ingin kembali ke jalan redhaMu.Maka kau ampunilah aku ya Allah.Tunjukkanlah dan pimpinkanlah aku untuk menuju ke jalan lurusMu.Yakni jalan yang telah Engkau berikan nikmatMu kepada mereka sebelumku,bersama-sama dengan para Nabi dan siddiqin dan para syuhada' dan orang-orang yang soleh.Kabulkanlah doaku ini ya Allah.Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa"



1 comment: